Thursday, November 1, 2012

Azni Comel Tersingkir Masterchef Malaysia 2 Dalam Cabaran Claypot

Azni antara peserta comel n cute Masterchef Malaysia 2 slps Etiqa. Azni terpaksa melalui sessi penyingkiran dlm cabaran masakan claypot krn pasukan biru dianggotainya diketuai Fizuan tewas 1 mata kpd pasukan merah pimpinan Che Lah dlm cabaran sajian luar utk 40 paralimpik.

Fizuan, Din, Izyan, Ah Hong, Ina dan Azni diberi masa 45 minit sediakan menu masakan claypot. Chef Jo memberi komen menu Azni agak pedas dan kebanyakan peserta lain turut memasak berasaskan mee sebagai play safe.

Debaran agak terasa di antara Azni dan Izyan kerana menu Izyan agak lari skit dri tema tp chef juri komen sedap. Akhirnya Azni tersingkir dari senarai 12 peserta terbaik MasterChef Malaysia 2.

Faizatul Azni bt Muridan atau lebih dikenali sebagai Azni ini merupakan Penganalisa kewangan di sebuah syarikat di ibukota. Gadis berumur 25 tahun ini berasal daripada Selangor, seorang yang gemar mencuba resipi yang baru.

Beliau sering mengolah resipi mengikut cara tersendiri namun masih mengekalkan keaslian makanan tersebut. Azni mampu memasak makanan melayu dan barat dengan bagus.

Anak jati Selangor ini juga gemar bermain boling dan Karoake untuk mengisi masa lapangnya. Mempunyai personaliti yang menarik dan mudah didekati, Azni mampu untuk memberikan senyuman yang menawan dalam setiap masakannya.

-- Chef Riz Akui Rumah Tangganya Sedang Bergolak
-- Selera Orang Mengandung

No comments: