ad ld

Wednesday, March 6, 2019

Luke Perry Meninggal Dunia Di Usia 52 Kerana Strok (Gambar)

Remaja purba sekarang yg zaman sekolah menengah 90an mesti tahu Beverly Hills 90210 kan. Hrini pujaan ramai masa tu, Luke Perry meninggal dunia. Mula2 tahu pg td, agak terkejut juga serentak moment2 30tahun lalu menjelma.


Moment bersama kwn2 sekolah, tulisan baju, buku, alat tulis, slogan xtvt and many more.
Secara tak langsung, sedar diri ini juga tidak semuda dulu lg uolls. Remaja purba katakan huhu..

-- Pelakon terkemuka yang membintangi siri televisyen Beverly Hilss, 90210 iaitu Luke Perry menghembuskan nafas terakhirnya ekoran strok. Luke yang dimasukkan ke hospital minggu lalu, meninggal dunia di hadapan tunangnya, dua anaknya, bekas isterinya, ibu bapanya, adik beradik dan ahli keluarga terdekat. "Keluarganya menghargai segala sokongan dan doa yang dicurahkan kepada Luke dari seluruh dunia dan secara hormatnya, meminta ruang untuk berkabung," kata ejen Luke, Arnold Robinson. -AFP

No comments: