ad ld

Showing posts with label Farhan AF. Show all posts
Showing posts with label Farhan AF. Show all posts

Saturday, October 11, 2014

Pernikahan Farhan AF Dan Ahmad Rashadan (Gambar)

Penyanyi dan bekas peserta program Akademi Fantasia musim keempat iaitu Farhan Azizan selamat bergelar isteri kepada Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, dengan sekali lafaz.


Pasangan itu selamat diijab kabulkan kira-kira pukul 10.15 pagi di Masjid Al Hasanah. Farhan, 30, diwalikan oleh bapanya, Azizan Mohd Khir manakala pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan, Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Yusof.

Thursday, July 8, 2010

Farhan Trauma Rumah Kena Rompak

Penyanyi bersuara serak-serak basah Farhan trauma setelah rumahnya yang terletak di Pandan Indah telah dirompak Selasa. Bagaimanapun, dia bersyukur kerana ahli keluarganya terselamat.

Farhan atau nama sebenarnya Nur Farhan Azizan berkata ini merupakan kali pertama insiden seperti itu berlaku. Ketika rompakan melibatkan kerugian hampir RM20,000 itu, dia dan keluarga sedang menjamu selera di Restoran Madam Kwan, Bangsar pada pukul 8 hingga 11 malam.

Antara barang yang dirompak adalah wang tunai, barang kemas dan jam tangan mewah yang disimpan di dalam dua peti besi di rumah itu.

“Saya rasa terkedu dan trauma sebab perkara seperti ini tak pernah berlaku kepada kami. Semasa kami pulang ke rumah semalam, saya rasa bingung seketika dan tidak tahu hendak buat apa. “Tetapi sekarang dah okey sikit sebab tiada siapa yang cedera. Alhamdulillah,” ujarnya penuh syukur. Biarpun insiden itu membuatkannya trauma, Farhan berkata mereka tidak akan berpindah daripada rumah itu. “Selepas ini, kami akan perketatkan sistem keselamatan pintu rumah kami,” katanya lagi.

Farhan telah membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah selepas kejadian itu. Polis juga telah membuat pemeriksaan sehingga pukul 3 pagi. Bagaimanapun polis belum mengenalpasti suspek kes rompakan itu. - mStar