Kerana terlalu marah dan kesal dengan tindakan suaminya, Datuk Ramli
MS, Alyah yang ketika itu hilang pertimbangan diri telah melanggar
kereta mewah milik suaminya itu. Hal tersebut dinyatakan sendiri oleh
pelantun lagu, 'Sesal Separuh Nyawa' menerusi laporan sebuah akhbar
tempatan.
"Memang saya buat masa itu sebab saya sudah hilang kawalan. Kalau
terlalu ikutkan marah dan kegagalan mengawal emosi hari itu, mungkin
habis benda lain pun saya langgar. Tapi perkara itu pun sudah lepas. Apa sebab sebenar kejadian biarlah
kami berdua saja yang tahu.