Mahkamah tentera memutuskan seorang pegawai Tentera Udara Diraja
 Malaysia (TUDM) dipecat daripada perkhidmatannya, kerana membuat 
kenyataan media mengenai dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya 
umum 2013 tidak berkesan dan mendedahkan maklumat mengenai surat 
pemindahannya.
Kolonel Saadon Hasnan, yang mempengerusikan perbicaraan yang terdiri 
lima anggota panel, mengumumkan keputusan itu selepas mendapati Mejar 
Zaidi Ahmad bersalah atas tuduhan tersebut.
Dalam penghakimannya, Kolonel Saadon berkata, Mejar Zaidi telah 
diberi tiga pilihan pada peringkat pembelaan, tetapi dia kemudiannya 
memilih untuk berdiam diri. Beliau berkata secara keseluruhannya, mahkamah menilai hujahan 
kedua-dua pihak dan tindakan berdiam diri adalah cukup untuk mensabitkan
 Mejar Zaidi terhadap pendakwaan kedua dan ketiga, pendakwaan di mana 
beliau diarahkan untuk membela diri.
"Oleh itu, mahkamah memutuskan bahawa Mejar Zaidi bersalah atas tuduhan ini. "Mahkamah sebulat suara memutuskan untuk memecat anda daripada 
perkhidmatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, bergantung 
kepada pengesahan oleh pihak berkuasa yang berkenaan," katanya.
Kolonel Saadon berkata, mereka membuat keputusan itu berdasarkan 
beberapa faktor termasuk kepentingan awam, keseriusan kesalahan itu, 
kedudukan sosial Mejar Zaidi dan hukuman mengikut undang-undang. Mejar Zaidi, 47, didakwa membuat kenyataan mengenai dakwat kepada 
media tanpa kelulusan daripada Kementerian Pertahanan, dengan itu ia 
melanggar undang-undang Perintah Majlis Angkatan Tentera. Kesalahan itu didakwa dilakukan di balai polis Kepala Batas pada 1 Mei tahun lepas. mstar
--  Bapa Emma Maembong Tak Puas Hati Dengan Zizan Razak (Gambar)
--  Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
--  Koleksi Gambar Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin, Jom Tgk
--  Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar) 

No comments:
Post a Comment