ad ld

Thursday, January 8, 2015

Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha Di Konsert Akhir Gegar Vaganza (Gambar)

Hairul Azreen  membuat kejutan pada program Gegar Vaganza, malam Ahad apabila melamar kekasihnya Hanis Zalikha, 25, untuk dijadikan sebagai isteri. Program itu diadakan di Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria.


Hairul, 27, muncul di pentas Gegar Vaganza menyertai barisan penari lain membuat persembahan bersama kumpulan Kristal menerusi lagu Marry Me, nyanyian asal Bruno Mars.

Pada persembahan itu, Hairul telah membuat aksi breakdance sebelum pengacara program itu iaitu Nabil Ahmad dan Jehan Muse menjemput Hanis naik ke pentas. "Saya mahu awak jadi teman baik saya. Saya mahu awak jadi rakan kongsi perniagaan saya dan saya mahu awak jadi isteri saya yang sah.

Sebelum datang ke sini (program Gegar Vaganza), saya telah berjumpa dengan mak ayah awak untuk mendapat restu mereka. "Ini bukan cincin tunang, ini bukan cincin nikah. Ini adalah cincin tanda awak setuju dengan lamaran ini. Sudikan awak menjadi isteri saya?" lamar aktor itu.

Hanis ketika itu tidak menjawab soalan Hairul sebaliknya terkedu dengan lamaran tersebut. Selepas ditanya sekali lagi, Hanis mengangguk malu dan menjawab tanda setuju menerima lamaran Hairul untuk menjadi suri aktor itu. "Ya, saya terima lamaran ini, InsyaAllah," ujarnya.

Kejutan itu membuatkan penonton di dewan bersorak menandakan keterujaan mereka terhadap pasangan itu.

--  Asmaa Aljuned Isteri Allahyarham Ahmad Hakimi MH17 Buka Boost Juice Di Cyberjaya
--  Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat Kepada 93407 Orang (Gambar)
--  Syura Dirayu Bekas Suami Rujuk Kembali Kerana Masih Sayang Dan Demi Anak (Gambar)
--  Liyana Jasmay Bersalin Anak Perempuan 2.9kg Di Prince Court

No comments: