Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig Jen (B) Tan Sri Abdul
Hamid Zainal Abidin, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi pada usia 70 tahun akibat komplikasi jantung.
Menerusi mesej daripada anak Allahyarham, Junaidi, 26, yang dalam
perjalanan pulang ke Malaysia daripada mengerjakan umrah, bapanya
meninggal dunia pada jam 9.52 malam selepas dimasukkan ke IJN kira-kira
jam 5 petang.
