Bekas pemain Harimau Muda, Gary Steven Robbat berputih mata untuk
menyertai mana-mana pasukan selepas digantung tiga bulan daripada
beraksi dalam sebarang kejohanan dan didenda RM50,000 oleh Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Jumaat.
Gary dijatuhkan hukuman berdasarkan Artikel 17, Status dan Pemindahan
serta merta selepas menimbulkan isu kontrak bersama dua pasukan iaitu
Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) dan Johor Darul Ta'zim (JDT).
