Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disahkan menghidap 
penyakit kanser prostat dan memerlukan rawatan berterusan daripada 
doktor.
Anaknya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ayahnya menghidap penyakit tersebut sejak sekian lama.
"Ayahanda menghidap kanser prostat yang dikesan sejak sekian lama tetapi
 rawatan berterusan oleh para doktor telah berjaya mengawalnya. "Terima kasih kepada pihak hospital yang telah dan sedang memberikan 
yang terbaik," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di akaun 
Facebook miliknya pada Rabu.
Mengulas mengenai keadaan Nik Aziz selepas dimasukkan ke Unit 
Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang 
Kerian pada petang Selasa, Nik Mohamad Abduh berkata, ayahnya itu 
menunjukkan reaksi lebih baik dan stabil. "Ayahanda agak uzur ketika dimasukkan ke wad ICU petang tadi. Selepas 
diberi rawatan, ayahanda menunjukkan reaksi lebih baik dan stabil," 
katanya.
Walaubagaimanapun, beliau berkata, doktor memaklumkan bahawa ayahnya memerlukan rawatan lebih rapi untuk pulih. Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut berterima 
kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan ayahnya. "Terima kasih juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan untuk kesihatan ayahanda," katanya.
Pada masa sama, beliau berkata, bagi sesiapa yang ingin menziarahi 
ayahnya, kunjungan itu adalah mengikut prosedur yang ditentukan oleh 
pihak hospital dan dipersetujui ahli keluarga. Terdahulu, Nik Aziz dilaporkan berada dalam keadaan stabil tetapi masih tidak sedarkan diri.
Nik Mohamad Abduh berkata ayahnya itu menjalani rawatan kemoterapi pada 2012. "Ayahanda menggunakan alat bantuan pernafasan dan saya tidak boleh 
bercakap dengannya kerana beliau masih tidak sedarkan diri," katanya. Jelas Nik Mohamad Abduh, keadaan kesihatan ayahnya mula merosot pada Disember tahun lalu. mstar
--  Kemalangan Bas Terbakar Di Tapah 8 Rentung 21 Cedera (Gambar)
--  Nurul Izzah Dan Raja Ahmad Shahrir Bercerai Talak Satu (Gambar)
--  Bayi 4 Bulan Mati Di Taska Di Desa Pinggiran Putra (Gambar)
--  PU Azman Juara Pencetus Ummah 2 Raih RM100 Ribu (Gambar)

No comments:
Post a Comment