Jenazah Tengku Ampuan Tua Terengganu, Tengku Intan Zaharah Almarhum 
Tengku Seri Setia Raja Tengku Hitam Omar selamat disemadikan 
bersebelahan makam suami baginda, Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah
 di Makam Diraja Terengganu di Masjid Abidin selepas solat zuhur
 pada Ahad.
Istiadat pengebumian dan bacaan talkin disempurnakan Mufti Terengganu Dr Zulkifly Muda. Turut hadir kerabat diraja Terengganu, Menteri Besar Terengganu Datuk
 Ahmad Razif Abdul Rahman, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Zubir 
Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Osman Muda serta 
anggota Majlis Mesyuarat Negeri.
Sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pukul 10.15 pagi Ahad 
dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Subang, jenazah
 Almarhum dibawa ke Istana Maziah untuk membolehkan orang kenamaan dan 
rakyat jelata memberi penghormatan terakhir.
Turut berangkat memberi penghormatan terakhir ialah Yang Teramat 
Mulia Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Asegaff, Tunku Ampuan Besar 
Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud, 
Tengku Sri Temenggung Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud
 serta kerabat diraja lain. Almarhum Tengku Intan Zaharah, 86, yang merupakan Raja Permaisuri 
Agong keempat, mangkat di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara 
pukul 3.26 petang Sabtu. mstar
--  Jenazah Raja Abdullah Arab Saudi Selamat Dikebumikan (Gambar)
--  Datuk Nik Aziz Hidap Kanser Prostat (Gambar)
--  Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
--  Nurul Wahab Bersalin Tak Cukup Bulan Melalui Pembedahan Anak Lelaki Kedua 2.48kg (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar) 

No comments:
Post a Comment