Selepas hampir 24 jam dipantau di Unit Rawatan Rapi (ICU), Datuk Nik 
Abdul Aziz Nik Mat memberi tindak balas positif terhadap rawatan yang 
diberikan.
Menurut anaknya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik
 Abdul Aziz, ayahnya juga sempat menunaikan solat subuh ketika terjaga 
pada awal pagi Rabu.
"Ayahanda sedar awal pagi tadi, solat Subuh, minum teh O, bertanya khabar beberapa ketika dan mengukir senyum. "Selepas tidur kembali, beliau sedar dan minta untuk minum lagi," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Selain itu Nik Mohamad Abduh memberitahu bahawa pihak doktor berpuas 
hati dengan perkembangan kesihatan bekas Menteri Besar Kelantan itu. "Alhamdulillah, pagi ini ayahanda menunjukkan reaksi lebih baik dan semakin positif terhadap semua rawatan yang diberikan. "Pihak doktor gembira dengan perkembangan, cuma menyatakan rawatan rapi akan terus dilakukan untuk tempoh ini," katanya.
Mursyidul Am PAS yang menghidap kanser prostat itu dimasukkan ke 
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada Isnin malam namun 
terpaksa dipindahkan ke ICU pada petang Selasa kerana keadaan 
kesihatannya yang tidak memuaskan. mstar
--  Alyah Langgar Kereta Ramli MS Kerana Terlalu Marah (Gambar)
--  Nurul Wahab Bersalin Tak Cukup Bulan Melalui Pembedahan Anak Lelaki Kedua 2.48kg (Gambar)
--  Nurul Izzah Dan Raja Ahmad Shahrir Bercerai Talak Satu (Gambar)
--  Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)

No comments:
Post a Comment