ad ld

Monday, August 8, 2011

Datuk Siti Jawab Isu Berus Bulu Babi Produk SimplySiti

Terkejut gak bila tgk ada blog up cer pasal status halal berus SimplySiti. Lalu Datuk Siti selaku presiden produk terus bt penjelasan berkenaan isu tersebut. Jom baca apa kenyataan akhbar Datuk Siti Nurhaliza:-

Produk kosmetik SimplySiti menafikan penggunaan berus bulu babi dalam produknya sebagaimana yang didakwa dalam sebuah laman blog baru-baru ini.

Presiden produk tersebut Datuk Siti Nurhaliza Taruddin berkata kesemua produk keluaran syarikat tersebut telah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) sebelum dipasarkan kepada umum.

"Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut bukanlah bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti. "Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM," ujarnya dalam sebuah kenyataan akhbar yang dikeluarkan, di sini, Sabtu.

Siti menjelaskan tuduhan sebuah laman blog pada 3 Ogos lalu telah mendakwa sampel berus produk SimplySiti telah dikesan mengandungi DNA bulu babi. Bagaimanapun, Siti berkata pihaknya akan mendapatkan kenyataan daripada JAKIM berkenaan status halal ini secepat mungkin agar isu ini tidak terus berpanjangan. "SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti.

"Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini.

"Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami," ujarnya. Jelas Siti, pihaknya terpaksa mengeluarkan kenyataan akhbar ini bagi mengelakkan salah faham orang ramai memandangkan terlalu banyak pihak telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini. mstar

-- (Gambar) Datuk Siti Nurhaliza Di Perasmian Masjid Al-Khalidiah Sg Petani, Tahniah
-- (Gambar) Majlis Resepsi Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha
-- Myvi 1.5 : Gambar, Harga Dan Spesikasi Terkini

3 comments:

Bionic women said...

produk siti ni dah ramai peminat tersendiri, semoga tidak benar ler aper tuduhan tu kan? sebab org ramai guna pun bersandarkan imej siti..

selamat beepuasa mama hanim, sowi ler, kat tempat kerja baru ni xder internet...

kurus said...

pening jugak bila tahu kes ct nie .. tapi rasanya dah selesaikan ..

Ena said...

ena pun salah sorang pengguna aproduk siti ni.. harap semua org puas hati dah baca keterangan ni..