ad ld

Friday, August 5, 2011

Ally Iskandar Putus Tunang Dgn Aishah Gadis Melayu 1

Belum reda kes Khairul Fahmi-Aimie putus tunang, kuar pula Ally Iskandar-Nur Aishah putus tunang. Full story uols baca kt bawah ye.

- Personaliti TV3, Ally Iskandar mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal telah putus pada 30 Julai lalu.

Tanpa berselindung Ally berkata, perpisahan itu berlaku disebabkan tiada keserasian di antara mereka walaupun hakikatnya mereka telah memutuskan untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan hujung tahun ini.

“Kami telah berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan,” katanya kepada pemberita pada rakamkan program Mentor Raya di sini, Khamis. Ujar Ally, perpisahan itu tiada kaitan dengan pihak ketiga ataupun konflik besar membabitkan mereka sebaliknya beberapa masalah lain yang datang secara berperingkat sehingga gagal untuk diselesaikan.

Katanya, mereka berdua pernah mengimpikan untuk menjadi pasangan bahagia dalam rumah tangga tetapi sayang sekali ia tidak dapat dilaksanakan seperti dirancang. Malah ujar Ally lagi keluarganya turut bersedih dengan peristiwa itu lebih-lebih lagi mereka amat gembira semasa majlis pertunangan yang diadakan sebelum ini.

“Saya tak nafikan masalah ini meninggalkan kesan besar buat saya dan ia amat menyedihkan. Daripada dibiarkan melarat, lebih baik keputusan (memutuskan pertunangan) dibuat secara baik,” katanya. Bagaimanapun ujar Ally, dia dan Nur Aishah masih berkawan baik dan tiada permusuhan di antara mereka. Katanya, buat masa ini dia mahu memberi perhatian terhadap tugasnya sebagai pengacara TV3 dan enggan terlalu memikirkan masalah itu. mstar

-- (Gambar) Pertunangan Ally Iskandar TV3 Dan Aishah Zainal Naib Juara Gadis Melayu Musim Pertama
-- (Gambar) Lg Gambar Ally Iskandar Dan Aishah Zainal Di Majlis Pertunangan
-- Isteri Angkasawan, Dr Halina Bersalin Dalam Air

5 comments:

Zue AnnaLeeya said...

dah xde jodoh kan???
mgkn ader hikmah sebaliknya....
smoga mereka tabah....

psssttttt.... ally tuh tggu akak kot???? hahahahaha.....

zaidah said...

redha ajelah dah tak ade jodoh...

Sofya said...

macam trend putus tunang plak la nii..herm.. xda jodoh kot..

nuriz said...

oo betul le desas desus sblm ni ye..ciann Ally

SyidaGorjes said...

cobaaaaaaaaaaan!