ad ld

Saturday, January 17, 2015

Alyah Langgar Kereta Ramli MS Kerana Terlalu Marah (Gambar)

Kerana terlalu marah dan kesal dengan tindakan suaminya, Datuk Ramli MS, Alyah yang ketika itu hilang pertimbangan diri telah melanggar kereta mewah milik suaminya itu. Hal tersebut dinyatakan sendiri oleh pelantun lagu, 'Sesal Separuh Nyawa' menerusi laporan sebuah akhbar tempatan.


"Memang saya buat masa itu sebab saya sudah hilang kawalan. Kalau terlalu ikutkan marah dan kegagalan mengawal emosi hari itu, mungkin habis benda lain pun saya langgar. Tapi perkara itu pun sudah lepas. Apa sebab sebenar kejadian biarlah kami berdua saja yang tahu.

Saya terpaksa keluarkan duit sampai RM11,000 untuk betulkan semula bahagian depan kereta, termasuklah menukar lampu yang bernilai beberapa ribu ringgit. Mengenai kereta dia, saya tak pasti sama ada dia sudah baiki atau tidak. Kena tanya dia sendiri," kata Alyah. Drama terbabit turut disedari oleh jiran-jiran mereka kerana ianya berlaku diluar kediaman mereka.

--  Mejar Zaidi Ahmad Dipecat Kerana Komen Dakwat Kekal (Gambar)
--  Nurul Izzah Dan Raja Ahmad Shahrir Bercerai Talak Satu (Gambar)
--  Perkahwinan Kedua Sharifah Aleeya (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

1 comment:

Kniedaz said...

Aduhai...macam2 kes artis ni..moga dijauhkan kita daripada masalah sedemikian