ad ld

Showing posts with label prk pengkalan kubor. Show all posts
Showing posts with label prk pengkalan kubor. Show all posts

Monday, September 22, 2014

Ketua Penerangan Pemuda PAS N9 Safrizal Dan Ibu Maut Kemalangan Di Kuala Krai

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan Safrizal Tarmizan, 31, dan ibunya meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 106.2 Jalan Kuala Krai- Gua Musang, ketika pulang berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, awal pagi Sabtu.


Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan Norazman Mohamad yang mengesahkan kejadian itu berkata, dalam kemalangan pada pukul 1 pagi itu, Safrizal dan ibunya, Asmita Lukman , 56, maut di tempat kejadian manakala isterinya Nor Izatil Aqmar Mat Lazim, 28, serta anak mereka Umar Al Fateh, 3 bulan, cedera parah.