Bayi perempuan berusia lapan bulan menerima 50 jahitan selepas cedera di
bahagian muka dan kepalanya setelah diserang oleh seekor biawak ketika
berada di dalam walker, di hadapan pintu dapur rumahnya di Pulau Tioman
pagi semalam.
Dalam kejadian di kuarters pekerja Berjaya Resort pada 10 pagi itu,
bayi berkenaan Nor Hidayah Abdul Rahman dilaporkan ditinggalkan di situ
seorang diri sementara ibunya Noraudah Maisarah, 39, seorang suri rumah
sedang menyenduk bubur di dapur.
