ad ld

Monday, September 15, 2014

Wawa Walfadhilah Peserta Pertama Tersingkir AF 2014 (Gambar)

Peserta dari Selangor, Walfadhilah Suhaizat, 19, menjadi peserta pertama tersingkir pada minggu kedua program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) yang disiarkan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam Ahad.


Walfadhilah atau Wawa mendapat undian terendah selepas menyampaikan lagu Wajah Kekasih nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza. Pengumuman itu dibuat oleh hos rancangan itu Zizan Razak dan Faizal Ismail.

Dalam pada itu, 11 peserta mara pada minggu hadapan ialah Azwan Satar, 30, Ikhwal Hafiz Ismail, 22, Mohd Firman Bansir, 25, Mohd Razman Abd Aziz, 22, Muhd Zharif Mohd Kamil, 26 dan Muhd Fareezuan Adnan, 19. Manakala turut mara adalah Adeline Joyce Masidah, 21, Muna Shahirah Munadi, 20, Nina Nadira Naharuddin, 22, Nor Aziha Md Salleh, 20, dan Syamila Nuhair Zainordi, 21.

Penyanyi Hattan bertindak sebagai pengetua musim ini. Manakala, tenaga pengajar lain yang terbabit dalam musim ini ialah Fatimah Abu Bakar (Guru Komunikasi dan Bahasa Inggeris), Linda Jasmine (Guru Tarian dan koreografi), Datin Marlia Musa (Guru Seni Persembahan) dan Siti Hajar (Guru Vokal).

Dua juri tetap yang ditampilkan untuk mengadili peserta adalah Raja Azura dan Datuk Ramli MS, manakala juri jemputan Amy Mastura. Rutin harian pelajar di akademi dapat ditonton menerusi Diari AF yang dikendalikan oleh pelawak Jihan Musa setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9 malam. mstar

--  Anak Scha Al Yahya Dan Awal Lara Alana (Gambar)
--  Rogol Jer Nora Danish Ramai2 Baru Best @muhd_akmal95 (Gambar)
--  Liyana Jasmay Bersalin Anak Perempuan 2.9kg Di Prince Court

No comments: