Peserta dari Selangor, Walfadhilah Suhaizat, 19, menjadi peserta pertama
tersingkir pada minggu kedua program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF
2014) yang disiarkan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah
Alam (MBSA), malam Ahad.
Walfadhilah atau Wawa mendapat undian terendah selepas menyampaikan lagu Wajah Kekasih nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza. Pengumuman itu dibuat oleh hos rancangan itu Zizan Razak dan Faizal Ismail.
