ad ld

Showing posts with label rumah mayat hospital. Show all posts
Showing posts with label rumah mayat hospital. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Datuk Yahya Sulong Meninggal Dunia

Takziah buat keluarga pelawak Datuk Yahya Sulong yang telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur akibat komplikasi pelbagai penyakit.

- Pelawak Datuk Yahya Sulong, 85, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 6.45 petang Rabu. Berita itu disahkan sendiri oleh isteri Allahyarham iaitu Datin Alisah Ali, 64, ketika dihubungi mStar Online malam Rabu.

Alisah berkata, suaminya dimasukkan ke HKL kira-kira seminggu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk asma.

Yahya sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya itu termasuklah ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Bandar Baru Sentul.