Mahkamah Sesyen Kuantan, Selasa menjatuhkan hukuman penjara sejumlah
20 tahun ke atas seorang pembantu rumah warga Indonesia selepas mengaku
bersalah terhadap dua pertuduhan mendera seorang bayi lelaki berusia
empat bulan, Jumaat lalu.
Hakim Mohd Azhar Othman memutuskan hukuman itu memandangkan kesalahan
yang dilakukan Yuliana, 23, amat serius dan mendatangkan kesan besar
bukan sahaja kepada keluarga mangsa tetapi masyarakat di seluruh dunia.
"Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak
tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah. "Mahkamah
berpendapat hukuman ini setimpal dan dapat memberi pengajaran kepada
kamu dan masyarakat," katanya.
Yuliana berasal dari Sukarame, Acheh bekerja tidak sampai sehari
sebagai pembantu rumah dengan keluarga mangsa. Bagi pertuduhan pertama,
ibu kepada dua anak itu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez
Mohamed Zamri sebanyak sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian
kepada mangsa pada 7.45 pagi, 15 Februari lepas di kediaman ibu bapa
mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol di
sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun. Bagi pertuduhan kedua, pada tempat dan masa yang sama, dia didakwa
menganiaya Mohamed Hareez dengan tujuan mendatangkan kecederaan yang
boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001
yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum
RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lima tahun penjara untuk kesalahan kedua. Bagaimanapun Mohd Azhar memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan
serentak dan dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari
tarikh tangkapan iaitu pada hari kejadian. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed.
Mengikut fakta kes, pada 7.45 pagi pada hari kejadian, ibu bapa
mangsa yang sedang bersarapan di sebuah kopitiam di sini terkejut
apabila melihat bayi sulung mereka dilambung dan dihempas pembantu rumah
melalui rakaman kamera litar tertutup di telefon bimbit bapa mangsa.
Berikutan itu, ibu mangsa, Nina Suraya Sulaiman, 24, segera
menghubungi jiran supaya pergi menyelamatkan anaknya sebelum kedua-dua
mereka bergegas pulang. Bapa mangsa kemudiannya menghubungi polis dan tertuduh ditahan pada 9.15 pagi.
Terdahulu, tertuduh yang memakai baju lokap bewarna ungu tidak
menunjukkan sebarang reaksi atau riak wajah ketika menyaksikan rakaman
CCTV perbuatannya yang dipertontonkan kepadanya di dalam mahkamah
menerusi komputer riba. Dia bagaimanapun menitiskan air mata ketika diminta mengemukakan rayuan hukuman dan berkata: "Saya takut".
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed. mstar
-- Kepala Koyak Kena 30 Jahitan Main Gelongsor Air Di Taman Tema Air Di Ayer Keroh Melaka
-- Ibu Catriona Ross Maut Nahas Kereta - Bas Di Gerik (Gambar)
2 comments:
Semoga jadi pengajaran kpd semua
takde hati perut amah ni..apa lah salah budak sebesar tu..sakit mental kot amah tu..huhu..
Post a Comment