ad ld

Sunday, February 10, 2013

Kereta Api Ekspres Sinaran Utara Tergelincir Di Bukit Mertajam (Gambar)

Kereta api milik KTM yang menghala ke selatan dengan muatan, 150 penumpang tergelincir daripada landasan di Bukit Mertajam pada 2.45 petang Sabtu. Kejadian tersebut menyebabkan enjinnya terbakar. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.


Keretapi Sinaran Utara yang dalam perjalanan dari Butterworth ke Kuala Lumpur tergelincir daripada landasannya di KM13.5 antara Bukit Mertajam dan Simpang Ampat. Jurucakap KTM Berhad berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kemalangan berkenaan.

"Semua penumpang dipindahkan ke stesen berhampiran menggunakan bas bagi membolehkan mereka menaiki keretapi seterusnya ke Kuala Lumpur," katanya. Beliau menambah insiden tersebut bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang gangguan terhadap perjalanan kereta api. mstar

-- (Gambar) Ikan Paus 4 Tan Ditemui Di Pulau Sayak Sg Petani Kedah
-- Ayu Raudhah Mengandung (Gambar)

2 comments:

ieda immi said...

ya tuhannnn
macam mana leh jadi macam nie
tapi bila tgk keterapi nie macam dah uzurr aje kan huhuh

Mama Hanim said...

ieda: tu la kan kak..cmne leh jadi plak.. kebetulan org ramai bercuti plak tu..