ad ld

Showing posts with label artis meninggal dunia. Show all posts
Showing posts with label artis meninggal dunia. Show all posts

Saturday, May 2, 2015

Julie Dahlan Meninggal Dunia (Gambar)

Produser filem ternama tanah air Julie Dahlan telah meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit yang dihidapinya sejak beberapa tahun yang lalu.


Laporan Harian Metro Allahyarham Julie atau nama sebenarnya Junaidah Dahlan, 62 telah dikhabarkan meninggal dunia sekitar jam 7.30 malam 30 April dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang.

Thursday, August 14, 2014

Maidin Ibrahim Meninggal Dunia Dalam Solat (Gambar)

Pelawak popular iaitu Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia di kediamannya di Pokok Tai, Gurun Kedah kira-kira pukul 2 petang Rabu ketika dalam solat akibat sakit jantung. Berita itu disahkan oleh menantu Allahyarham iaitu Mohd. Saiful Nizam Saari, 38.


“Saya ingin mengesahkan, bapa mertua saya telah meninggal dunia ketika dalam solat Zohor kira-kira pukul 2 petang tadi,” katanya. Mohd Saiful berkata, isteri Allahyarham iaitu Habirah Rahim, 59, yang hendak ke bilik menemui Allahyarham telah rebah sebelum disahkan meninggal dunia.

Monday, November 11, 2013

Ahmad Busu Pi Mai Pi Mai Tang Tu Meninggal Dunia Akibat Strok (Gambar)

Pelakon Ahmad Busu yang popular pada tahun 80-an menerusi rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu meninggal dunia akibat penyakit strok selepas magrib pada Ahad. Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.


Sementara itu, rakan baik Allahyarham pelawak Imuda, 53, berkata jenazah akan dibawa pulang di kediamannya di Taman Seri Andalas, Klang dan dikebumikan pada pagi Isnin.

"Saya dapat tahu tentang pemergian Allahyarham daripada salah seorang anaknya kira-kira selepas magrib tadi, buat masa ini jenazah masih di hospital. "Saya difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya dan akan disembahyangkan di Masjid Lipat Kajang, Seri Andalas, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam," katanya. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan juga tiga orang anak. mstar

-- Mohd Raffli Ketua Penguatkuasa JAIP Mati Ditembak Tiga Das Depan Rumah (Gambar)
-- Datuk Bukhari Che Muda Meninggal Dunia CEO TV Al Hijrah (Gambar)
-- Rozita Che Wan Bercuti Di London (Gambar)

Tuesday, October 22, 2013

Noreen Noor Meninggal Dunia Sakit Buah Pinggang Dan Darah Tinggi

Noreen Noor meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Ampang Puteri Selangor. Pelakon dan penyanyi popular 80an itu meninggal dunia akibat sakit darah tinggi dan buah pinggang.


Antara lagu popularnya ialah Siang Terbayang Malam Merindu. Filem pertama lakonannya pula berjudul Talak pada tahun 1980. Antara filem yang turut dibintanginya ialah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam. Allahyarhamah meninggalkan dua anak. Al Fatihah. sharian

Saturday, February 16, 2013

Kuswadinata Meninggal Dunia

Takziah buat keluarga Kuswadinata yang meninggal akibat pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar di Hospital Ampang. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al Fatihah.


Pelakon veteran Kuswadinata meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini pada kira-kira pukul 5.07 petang akibat penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar yang dihidapinya sejak empat tahun lalu. Berita kematian Allahyarham disahkan anaknya Irwan, 26, ketika dihubungi mStar Online petang Sabtu.

Wednesday, February 6, 2013

Datuk Yahya Sulong Meninggal Dunia

Takziah buat keluarga pelawak Datuk Yahya Sulong yang telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur akibat komplikasi pelbagai penyakit.

- Pelawak Datuk Yahya Sulong, 85, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 6.45 petang Rabu. Berita itu disahkan sendiri oleh isteri Allahyarham iaitu Datin Alisah Ali, 64, ketika dihubungi mStar Online malam Rabu.

Alisah berkata, suaminya dimasukkan ke HKL kira-kira seminggu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk asma.

Yahya sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya itu termasuklah ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Bandar Baru Sentul.

Sunday, July 22, 2012

Datuk Ismail Hutson Meninggal Dunia

Takziah utk keluarga arwah Datuk Ismail Hutson yg telah meninggal dunia semlm. Pasti ramai yg kenal sbb penah berlakon byk drama best especially dgn Ahmad Idham dulu2.

- Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS) yang juga seorang pelakon veteran, Datuk Ismail Hutson meninggal dunia akibat komplikasi penyakit jantung pada pukul 1.13 pagi di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya semalam.



Friday, June 29, 2012

Osman Kering Meninggal Dunia Krn Kegagalan Otak

Pelakon dan pelawak Osman Kering,58, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, kira-kira pukul 3.45 petang, Jumaat.

Allahyarham meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak selepas mengalami batuk berdarah di rumahnya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada 11 Jun lalu.