ad ld

Tuesday, July 24, 2012

Gulai Kawah Batang Pisang Baling Kedah

Uolls penah makan batang pisang? Kena try ni baru tau power ke tak..hehe. Teringat awal2 pindah ke Kedah dulu, attend kenduri kahwin ofismate my hubby, ada menu gulai ni.

Masa tu x tau apa benda dlm gulai tu, coz kalau kt Kelantan biasa dicampur dgn buah ara plg tidak pun. Dia suap selamba je maklum lah org teringat gulai kt kampung kan, ada la skit homesick masa tu..kui2.

Pastu tetiba my hubby mcm tersedak, 'Oitt apa benda ni? Kebetulan kwn dia si pengantin tu ada kt situ bgtau,' Tu la batang pisang, menu paling kick kt sini!!! Then my hubby jawab,' Perhhh, hari ni dlm sejarah makan batang pisang wa cakap lu.

Kwn dia cakap,' Aku tau la kat Kelantan batang pisang cmni bagi lembu makan je tp kt sini campur dlm gulai best. En Ery jwb,' Xde hal lah, ok je still leh carry on tp try slow2 la, culture shock mode lg ni haha..

- Gulai kawah campuran rias batang pisang dengan daging atau tulang lembu sudah tidak asing lagi kepada masyarakat di sini. Peniaga gulai kawah, Abd. Malik Mat Khir, 45, berkata, dia terpaksa mendapatkan rias batang pisang daripada sekurang-kurangnya 10 pokok pisang setiap hari untuk dimasak bersama daging cincang atau tulang lembu.

Abd. Malik yang berpengalaman memasak gulai kawah hasil belajar daripada tukang masak kenduri kahwin, memberitahu, bukan semua gulai kawah mampu menarik minat dan selera pembeli. Katanya, warna kuahnya yang kekuningan dan cair mampu menarik selera pembeli.

Abd. Malik berkata, ramuan rempah untuk membuat gulai kawah adalah daripada jenis serbuk kari yang sesuai yang tidak terlalu pedas dan tidak berkuah pekat. Menurutnya, sejak dua hari berniaga di pasar Ramadan pekan Baling, setiap petang lebih 300 bungkus gulai kawah dijual kepada pelanggan.

Bermula pukul 3 petang, Abd. Malik akan mula menumis bahan gulai di bazar Ramadan itu dan menjualnya seawal pukul 5 petang dengan harga RM3 sebungkus. kosmo

-- Yazid Burger Seksyen 7 Shah Alam Burger YB Yang Besar

18 comments:

Suhana Shuib said...

Gulai rias pisang mmg febret..huhu..masa dok Baling dulu slalu beli time bukak posa.. nostalgia sguh!

-Sara- said...

xpernah jumpa lagi..mcmne rasanya tu ek..hehe

Mama Hanim said...

Suhana Shuib: best kan, bukan senang dpt tu, kena cari n dpt yg sedap mmg mables la..

Tq sudi dtg sini..

Mama Hanim said...

Sara: kat kedah ni mmg femes, rasanya best lemak2 gitu lain dri yg lain.. Kena try sndri bru tau..hehe..

Mamamya said...

x penah makan...t'ingin juga nak merasa...

eiela said...

tak pernah rasa lagi nih

CT said...

pnh rasa kat kedah..mmg sedaplah..Johor x png nmpk lagi...

puanbee said...

saya pernah makan tp di perlis , ada satu lagi gulai rebung dengan daging/ayam .. memang tk pernah makan , cara potongnya pun lain sangat

Prettywrite said...

kat klate pun sohor jugak kak gulai rias pisang ni..tapi maybe setengah2 tepat jah kot..hurm poso2 nih wat ngidey jah..hehe

GreenJade said...

pernah makan lama dulu tp dh lupa camne taste nye hehehe

abe Ery dh ok ke dah boleh terima gulai batang pisang tu? hehehehe

Mama Hanim said...

Mamamya: kalo dtg kedah ada rezeki bleh try..hehe..

Mama Hanim said...

eiela: sekali try mesti teringat punya..

Mama Hanim said...

CT: byk jmp kt kedah menu ni kan kak, tmpt lain blom femes lg kot.

Mama Hanim said...

puan bee: gulai rebung dgn ayam / daging..perhh femes gak tu kt area utara nih..

Mama Hanim said...

Prettywrite: oo ada jugok di kelate dih, tp x penah jmp lg stakat ni. Maklum la kita merantau di kedah ni dh dkt 8 thn..huhu.. Tq sudi mari blog kita..

Mama Hanim said...

Tinie: mai kedah test plak la..hehe..

Abe Ery ambo dh ok, bleh ngam masakan kedah, slang pn master loghat kedah..huhu..

Adzura Salam said...

Masa kerja di Sik, Kedah dlm tahun 1998-2000 selalu makan gulai daging & batang pisang. Kena Cuba dulu baru tau. Kalau pergi kenduri khawin masyarakat Sik, Baling mmg cari yg tu dulu, lauk lain tak kisah dah

Azham Vsvc said...

sedap kot!!! bulan puasa ni memang terliur!