Monday, July 9, 2012

Azah Aziz Meninggal Dunia, Al Fatihah

Tokoh budaya, Azah Aziz, isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan ibu kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, meninggal dunia hari ini.

Menurut seorang anggota keluarga terdekat, Azah, 83, meninggal dunia kerana sakit tua dan angin ahmar kira-kira pukul 10 pagi ini.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar.

Antara yang berada di tanah perkuburan untuk pengebumian ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta anggota keluarga dan kenalan rapat. Terdahulu, solat jenazah disempurnakan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Sidiq, Bangsar. kosmo

-- Lelaki Pedang Amuk Di JPM Putrajaya Mati Di Hospital (Gambar)
-- Uncle Seekers Ditangkap Polis Di Tol Senawang (Gambar)

No comments: