ad ld

Sunday, July 22, 2012

Datuk Ismail Hutson Meninggal Dunia

Takziah utk keluarga arwah Datuk Ismail Hutson yg telah meninggal dunia semlm. Pasti ramai yg kenal sbb penah berlakon byk drama best especially dgn Ahmad Idham dulu2.

- Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS) yang juga seorang pelakon veteran, Datuk Ismail Hutson meninggal dunia akibat komplikasi penyakit jantung pada pukul 1.13 pagi di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya semalam.



Menurut isteri keduanya, Hafidzah Khasbullah, Ismail atau nama sebenarnya Ismail Omar, 73, dimasukkan ke Unit Rawatan Kritikal (CCU) pada Selasa lalu di pusat perubatan yang sama selepas 10 hari mengalami demam panas yang teruk.

Katanya, kematian Ismail sangat mengejutkan ahli keluarga kerana keadaan arwah semakin baik sebelum dipindahkan ke wad biasa. Allahyarham menghidap penyakit jantung sejak lima tahun lalu, namun sepanjang tempoh itu, dia tidak menunjukkan tanda sakit teruk.

Presiden Persatuan Artis Veteran itu meninggalkan dua isteri termasuk isteri pertama, Zaiton Osman dan tujuh orang anak. kosmo

-- Datuk Fickry Yaacub Meninggal Dunia