ad ld

Showing posts with label makan durian. Show all posts
Showing posts with label makan durian. Show all posts

Monday, August 15, 2011

Durian Memang Sedap Kan

Slmt berpuasa di hari ke 15 Ramadhan. Cepat masa berlalu dh separuh bulan mulia ini kita tinggalkan. Semlm kt SP jammed teruk, ramai kuar bt persiapan raya dh.

Radio pn dh mula main lagu raya, alahai dengar lagu P.Ramlee Dendang Perantau bt hati ku igt kt kg, sob3. Xpe sabar2, lg 11 hari dh nk blk kg kan. Ehehe mood raya dh dtg ni.

Durian pn berlambak dijual kt SP ni, meriah je berlonggok kt tepi2 jalan. Bru plan nk beli, tup2 jmp dgn mak pengasuh Hanim, dia bagi 2 biji durian. Alhamdulillah rezeki kan. Mlm tu tgk isinya woww mablesssss. Rasa pn terbaik gitu. hehe. Uols pun dh layan durian ke masa buka puasa?

Tuesday, May 3, 2011

Cinta Itu Semakin Mekar Di Kota Bharu, Chewahhh

Assalamualaikum. Masih lg kt Kota Bharu, new n3 lps 3 hari x online. Mmg bz 3 hari ni, Sabtu lepak je kt kg papa borak2 smbil mama berkolaborasi dgn MIL main masak2..hehe. Ahad plak kenduri umah mak sedara papa, menu dua ekor kambing tp seb baik ada gak ayam masak merah n ikan masin coz papa x makan kambing. Isnin semlm bru ada xtvt bebas meronda KB, Hanim x ikut coz duk kg mama. Sempat la imbau kembali memori zaman dating2 dlu, rasa muda 10 thn la jap, dulu jln bersama tp duk jauh2 kan x pasal2 kena tangkap, tp skang dpt flashback smbil pimpin tangan cmtu ..auwww heaven woo. Lalu plak depan sekolah menengah, betapa indahnya zaman mabuk cinta remaja 15 thn dulu. Semoga cinta pertama itu akan kekal bahagia selamanya, Amin.

Mmg kebtulan kot, merata KB asik dengar je lagu cinta Dadali -Di saat Aku Mencintaimu. Pasar tani, pasar mlm, shopping malls, Radio Manis FM n Radio Kelantan 'demam' lagu tu beb. Budak2 yg tgh jln2 pn asik bersiul lagu tu gak. Jd fenomena dh..Perhhh. Tangkap leleh itu lagu daaaa. X caya? Nti try dgr k..hehe.

Jln2 kt pasar pagi Flat Buluh Kubu, happening mcm2 benda ada murah giler plak tu. Terembat 7 helai tudung kt situ, papa hanya mampu geleng kepala je lah. Pastu terliur tgk doyan, 5 biji RM31. Terpaksa la papa dgn macho nya bt mcm iklan panadol yg pikul tong gas atas bahu tu, bw doyan ke kete parking jauh. Tp berbaloi sbb doyan itu mmg mables isinya. Tgk sini ye.


Kota Bharu di hati ku. Bila la nk dpt pindah keje blk kg ni? Bestkan kalo dpt keje di negeri sendri, dpt tgk selalu wajah ma abah dan org2 kesayangan kita, btul x uols?

Thursday, July 8, 2010

Ahli Parlimen Pitam Lps Makan Durian dan Daging Kambing

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dikejarkan ke hospital pada pukul 2.15 petang Rabu selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri Pesta Durian dan Promosi Daging Kambing anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Serbaguna Parlimen.

 
Ahli Parlimen Tangga Batu Datuk Idris Haron yang duduk semeja dengan Ahmad ketika majlis itu berkata pada mulanya Ahmad dari Barisan Nasional (BN) itu berborak dan ketawa dengan Ahli Parlimen yang lain.
"Tetapi tiba-tiba dia tidak selesa, dia longgarkan tali leher dan tiba-tiba diam, apabila melihat mata hitamnya pandang ke atas, Ahli Parlimen yang lain mula menggosok dahinya dan bertanya sama ada dia okey atau tidak," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Selepas melihat keadaan bertambah serius, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir yang duduk di sebelah Ahmad segera memanggil ambulan dari Persatuan Bulan Sabit Merah yang berada di luar dewan.

Idris berkata Ahmad tidak pengsan kerana masih boleh memberikan respon apabila beliau menasihatkan Ahmad agar tenang.- BERNAMA - mstar

-- Putus Kepala Kemalangan Ngeri Di MRR2 (Gambar)