ad ld

Tuesday, November 25, 2014

Pandelela Rinong Kemalangan Rempuh Pembahagi Jalan Mahameru Elak Kenderaan Lain

Pandelela Rinong terselamat dari sebarang kecederaan apabila terlibat dalam kemalangan di Jalan Mahameru, Kuala Lumpur, awal pagi hari ini.


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1 pagi itu, Pandelela dikatakan merempuh pembahagi jalan bagi mengelakkan kenderaan lain yang masuk ke laluannya, lapor sebuah portal.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan dilaporkan berkata, Pandelela menuju ke Bukit Jalil dari Sentul untuk pulang ke rumah selepas makan malam dengan rakan-rakannya.

“Hasil siasatan awal mendapati kereta lain tiba-tiba membelok ke lorong laluan yang digunakan oleh kereta Pandelela, menyebabkannya hilang kawalan dalam usaha untuk mengelak kenderaan terbabit dan merempuh pembahagi jalan dan papan tanda,” katanya. Pandelela Rinong anak Pamg, 21, melakar rekod sebagai atlet wanita pertama memenangi pingat pada Sukan Olimpik di London pada tahun 2012.

Kemalangan tersebut menyebabkan kereta yang dipandu Pandelela mengalami kerosakan teruk, bagaimanapun Pandelela dilaporkan terselamat. sinarharian

--  Azza Buang Tiub Fallopio Keguguran 3 Kali
--  Vie Santie Isteri Eizlan Yusof Fail Pengesahan Lafaz Cerai (Gambar)
--  Tiga Atlet Sukma Ditahan Kes Rogol Di UPM
--  Pelajar IPTA Tak Senonoh Dalam Bas Ditahan Polis 

No comments: