ad ld

Saturday, November 22, 2014

Subsidi Ron95 Dan Diesel Dihentikan Mulai 1 Disember

Subsidi petrol RON95 dan diesel akan dihentikan mulai 1 Disember ini, kata Datuk Seri Hasan Malek.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel akan ditetapkan mengikut apungan terkawal.

"Ini bermakna, jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya," katanya. Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Menurut Hasan, melalui kaedah pengapungan terkawal, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya. Katanya ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat dan begitu juga sebaliknya.

"Dalam hal ini, Kerajaan akan memantau harga pasaran pada 20 hingga 31 November 2014 dan jumlah sebenar akan menentukan purata harga runcit pada bulan Disember. "Jika trend ini berlarutan, adalah dijangkakan harga runcit RON95 bagi bulan Disember akan dikurangkan sewajarnya berdasarkan formula Automatic Price Mechanism (APM)," katanya.

Melalui kaedah APM, kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu dimana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit. mstar

-- Bas Jatuh Sungai Dari Jambatan Dekat Kuala Ketil Kedah (Gambar)
-- (Gambar) Mayat Gadis Kemalangan Viva Dan Lori Tangki Minyak Di Kg Gerai Besut Terengganu
-- Budak 4 Tahun Mati Disyaki Didera Di Pusat Jagaan (Gambar)
-- Tasha Shilla Dan Kekasih Muay Thai Han Chen Wong Di MIMMA 2 (Gambar) 

No comments: