ad ld

Tuesday, November 25, 2014

Ezad Exist Didakwa Miliki Dadah Dijamin Isteri RM2200 (Gambar)

Bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad didakwa di Mahkamah Majistret Selayang atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu. Pun begitu, Ezad mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.


Ezad didakwa memiliki satu paket lutsinar dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.3 gram di kawasan Kompleks Selayang Mall, Selayang Utama pada jam 1.30 petang, 19 November lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Ezad tidak diwakili peguam telah dikemukakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin namun Ezad yang dijamin isterinya memohon jaminan dikurangkan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,200 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Disember ini untuk sebutan semula kes.

--  Azza Buang Tiub Fallopio Keguguran 3 Kali
--  Tiga Atlet Sukma Kes Rogol Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
--  Erra Fazira: Saya Mmg Mahu Pakai Tudung
--  Tasha Shilla Dan Kekasih Muay Thai Han Chen Wong Di MIMMA 2 (Gambar) 

No comments: