ad ld

Wednesday, November 12, 2014

Lee Chong Wei Digantung Gagal Ujian Dadah

Walaupun agak terlewat, namun Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akhirnya mendedahkan bahawa pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei merupakan atlet yang didapati gagal ujian dadah.


Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, BWF berkata Chong Wei akan digantung sementara berikutan pelanggaran peraturan anti-doping.

Ini bermakna Chong Wei yang diuji positif deksametason bagi kedua-dua sampel A dan B, tidak dibenarkan menyertai mana-mana pertandingan sehingga pendengaran oleh BWF yang akan menentukan nasibnya diadakan.

Badan dunia itu juga mengesahkan bahawa perkara itu telah dirujuk kepada panel perbicaraan doping BWF bagi menentukan masa, tarikh dan lokasi untuk pendengaran. Selain itu di bawah peraturan anti-doping BWF dan berikutan penggantungan tersebut, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut dibenarkan untuk mendedahkan kepada umum bahawa pemain yang terbabit adalah Chong Wei. mstar

--  Persandingan TMJ Dan Cik Khaleeda Bustaman Di Istana Besar Johor (Gambar)
--  Pernikahan Elly Mazlien Dan Azmi Hatta (Gambar)
--  Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

No comments: