ad ld

Thursday, October 2, 2014

Ras Adiba Di ICU Akibat Demam Panas (Gambar)

Pengacara televisyen popular, Ras Adiba Radzi dilaporkan terlantar di hospital akibat masalah kesihatan yang dihadapinya.


Melalui sebuah tulisan di laman Facebook milik adiknya, Ras Afiona Radzi, kakaknya kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital akibat demam sejak semalam.

“Hai semua.. Kakak saya Ras Adiba Radzi kini berada di wad ICU (Unit Rawatan Kecemasan) .. Dia mengalami demam dan sawan malam tadi. “...Doakan dia supaya cepat sembuh,” katanya seperti yang dipetik melalui laman Facebooknya.

Sebelum ini, pada 1996, bekas personaliti televisyen itu pernah mengalami satu kemalangan jalan raya semasa pulang daripada membuat liputan bola sepak Piala Malaysia. Akibat kemalangan itu, Ras Adiba terpaksa menjalani dua pembedahan pada 1999 dan 2001 untuk memasukkan 24 keping implan bagi menyokong tulang belakangnya.

Kemudian, Ras Adiba sekali lagi terlibat dalam satu lagi kemalangan pada tahun 2002 apabila diserang individu tidak dikenali di hadapan rumahnya sehingga menyebabkan dia lumpuh separuh badan dan disahkan lumpuh separuh badan sehingga terpaksa menjalani pembedahan di Australia. Ras yang terkenal sebagai pembaca berita sukan Buletin Utama telah bernikah dengan penasihat kewangan iaitu Ilias Yaakop, 46, pada 28 Julai 2013. sinarharian

--  Gambar Separuh Bogel Polis Wanita Buat Laporan
--  Nadia Shahrul Annuar, Bekas Pengacara TV3 Bercerai
--  Tasha Shilla Dan Kekasih Muay Thai Han Chen Wong Di MIMMA 2 (Gambar)

No comments: