ad ld

Friday, October 17, 2014

Hospital Ampang Puteri Taja Che Ta Bersalin Kelas A

Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta mendapat tajaan sepenuhnya Hospital Ampang Puteri untuk proses kelahiran anaknya nanti. Tajaan tersebut termasuk urusan di bilik bersalin, diberikan bilik penginapan serta rawatan dan layanan kelas A secara percuma.


Kos bersalin di Hospital Ampang Puteri difahamkan boleh mencecah lima angka, tambahan pula jika melibatkan sebarang pembedahan.

Che Ta dan pasangannya, Zain Saidin dijangka bakal menimang cahaya mata pertama mereka pada awal November. Selain mendapat tajaan kos bersalin, perjalanan kelahiran anak Che Ta dan Zain juga akan ditayangkan secara eksklusif di Astro.

Pasangan romantis ini bernikah pada Disember lalu dan kini sedang menunggu hari untuk kelahiran bayi pertama mereka. sinarharian

--  Toyota Panggil Balik 1.75juta Kenderaan Termasuk Lexus Dan Crown Majesta Seluruh Dunia (Gambar)
--  Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
--  Liyana Jasmay Bersalin Anak Perempuan 2.9kg Di Prince Court 
--  Tasha Shilla Dan Kekasih Muay Thai Han Chen Wong Di MIMMA 2 (Gambar)