Penyanyi dan bekas peserta program Akademi Fantasia musim keempat iaitu
Farhan Azizan selamat bergelar isteri kepada Ahmad Rashadan Suhaimi, 30,
dengan sekali lafaz.
Pasangan itu selamat diijab kabulkan kira-kira pukul 10.15 pagi di Masjid Al Hasanah. Farhan, 30, diwalikan oleh bapanya, Azizan Mohd Khir manakala pasangan
itu dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan, Pejabat Agama Islam Hulu
Langat, Zainal Abidin Yusof.
