ad ld

Saturday, October 11, 2014

Pernikahan Farhan AF Dan Ahmad Rashadan (Gambar)

Penyanyi dan bekas peserta program Akademi Fantasia musim keempat iaitu Farhan Azizan selamat bergelar isteri kepada Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, dengan sekali lafaz.


Pasangan itu selamat diijab kabulkan kira-kira pukul 10.15 pagi di Masjid Al Hasanah. Farhan, 30, diwalikan oleh bapanya, Azizan Mohd Khir manakala pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan, Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Yusof.

Ahmad Rashadan turut menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM300 namun merahsiakan jumlah wang hantaran. Selain sebentuk cincin dan mas kahwin, pihak lelaki turut memberikan hantaran barangan seperti set penjagaan wajah, wangian, telekung, senaskah Al Quran, jam tangan.

Manakala pihak pengantin perempuan membalas sembilan dulang berupa sebentuk cincin, sirih junjung, kelengkapan solat, seutas jam tangan, bunga rampai, manisan, buah-buahan, sejadah dan coklat. Farhan dan Ahmad Rashadan ketika ditemui melahirkan rasa syukur mereka selamat disatukan. "Selepas lapan tahun kami menyulam cinta dengan pelbagai dugaan akhirnya kami selamat bersatu sebagai suami isteri. "Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan hari ini merupakan hari paling bahagia," kata Farhan.

Pasangan ini terdahulu mengikat tali pertunangan pada Februari 2012 selepas lapan tahun menyulam cinta. Majlis resepsi pasangan itu akan berlangsung pada sebelah malam Jumaat di Dewan Seri Endon, Putrajaya. Dianggarkan seramai 700 tetamu bakal hadir pada majlis tersebut. mstar

-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis
-- Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
-- (Gambar) Pernikahan Marion Rose Caunter dan SM Nasarudin SM Nasimuddin
-- Kemalangan Di Km 257 PLUS Dekat Terowong Menora 1 Maut 7 Cedera (Gambar)

No comments: