ad ld

Saturday, October 11, 2014

Biopik Saloma Waris AR Tompel Tuntut Maaf Dan Henti Tayangan

Waris Allahyarham AR Tompel meminta Astro memberhentikan terus tayangan telefilem biopik Saloma Mencuri Guruh dan Pandang Kaseh di Astro First Eksklusif (saluran 489 dan 490).


Menerusi satu sidang media khas yang diadakan di Finas semalam, Adlin Aman Ramlie, meluahkan rasa kesal kerana telefilem yang disifatkan sebagai penghinaan terhadap bapanya itu masih ditayangkan meskipun pihaknya menerusi peguam Azam & Co telah mengambil tindakan awal menerusi penghantaran notis kepada Astro agar telefilem itu segera dihentikan.

Adlin memberitahu, terdapat 29 babak AR Tompel lakonan Azhan Rani dalam telefilem terbabit didapati tidak benar. Tegasnya, menerusi penelitian yang dibuat terdapat 29 babak dalam telefilem tersebut tidak menggambarkan karakter sebenar arwah bapanya itu.

“Watak AR Tompel dipaparkan sebagai prejudis, berat sebelah, berunsur tohmahan dan fitnah sekali gus menjejaskan semua nilai murni masyarakat terhadap arwah. “Segala bentuk tulisan dan pengarahan dalam telefilem itu adalah prejudis,tidak bertanggungjawab dan melanggar akidah,” tegas Adlin.

Justeru, katanya, melalui Azam & Co, mereka telah mengemukakan tiga tuntutan kepada pihak Astro pada 26 September lalu. “Penyiaran telefilem berkenaan telah memberikan impak buruk kepada semua adik-beradik dan ahli keluarga yang lain,” katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili waris AR Tompel,  Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memberitahu notis tuntutan telah dihantar kepada Astro pada 26 September lalu. “Antara tuntutan yang dikemukakan ialah meminta penayangan telefilem berkenaan dihentikan serta merta, satu permohonan maaf daripada pihak Astro dan proses rundingan untuk membincangkan perkara tersebut dengan lebih lanjut.

“Bagaimanapun, Astro menerusi peguam mereka sudah membalas surat tuntutan kami itu yang diterima pada 8 Oktober lalu, tetapi saya tidak boleh menjelaskan kandungan surat berkenaan kepada umum,” katanya. Sementara itu, pengarah telefilem tersebut, Melissa Saila, tetap dengan pendiriannya yang enggan memberi sebarang komen. sinarharian

--  Jalan Kuala Lipis Gua Musang Sesak Teruk Lori Terbabas (Gambar)
--  Bomoh Didakwa Buat Seks Luar Tabie, Kelucahan Melampau Dan Cabul Gadis
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

No comments: