ad ld

Saturday, October 4, 2014

Ibu Datuk Seri Hishammuddin Meninggal Dunia (Gambar)

Bonda Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien meninggal dunia kira-kira 12.30 tengah malam Jumaat. Tun Suhailah Tan Sri Noah yang juga balu Perdana Menteri Ketiga Tun Hussien Onn menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Damansara kerana sakit tua.


Allahyarham adalah kakak Tun Rahah ibu Datuk Seri Najib Tun Razak. Bapa Allahyarham Tan Sri Mohammad Noah Omar adalah bekas Speaker Dewan Rakyat.



Menurut kenyataan Pejabat Menteri Pertahanan, orang ramai boleh menziarahi jenazah di kediaman Allahyarham di No. 19, Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku Kuala Lumpur mulai jam 9 pagi. mstar

No comments: