ad ld

Showing posts with label adun sg limau. Show all posts
Showing posts with label adun sg limau. Show all posts

Thursday, September 26, 2013

Bekas MB Kedah Tan Sri Azizan Meninggal Dunia

Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada pagi Khamis. Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau menerima mesej teks tentang berita ini beberapa minit selepas Azizan menghembuskan nafas terakhir.


Pada Rabu lalu Azizan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami serangan jantung di hospital. Keadaan Azizan lemah sejak pukul 1 pagi hari berkenaan dan beliau mengalami serangan jantung 2 jam kemudian. Beliau tidak sedarkan diri dan telah diletakkan di bawah pemerhatian rapi.

Ketua Penerangan PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata Azizan mengalami serangan jantung kedua pada tengahari Rabu.

Kaki Azizan telah dipotong di bawah paras lutut pada bulan Mei lepas akibat komplikasi kencing manis yang kronik. Tan Sri juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN kawasan Sungai Limau. mstar

-- Azizan Bekas Menteri Besar Kedah Masuk CCU Hospital Pulau Pinang (Gambar)
--  Pak Guard Skypark Ceritakan Kes Isteri Matyo (Video)

Wednesday, May 8, 2013

Azizan Bekas Menteri Besar Kedah Masuk CCU Hospital Pulau Pinang (Gambar)

Datuk Seri Azizan Abdul Razak bekas Menteri Besar Kedah dilaporkan berada dalam keadaan tenat dan menerima rawatan di Unit Rawatan Kritikal CCU Hospital Pulau Pinang HPP.


Bekas Setiausaha Akbarnya, Mohd Helmi Khalid mengesahkan Azizan dimasukkan ke HPP petang Selasa. Difahamkan Datuk Seri Azizan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang dari Kedah Medical Centre KMC kerana jangkitan kuman di kaki.

Dalam PRU 13 beliau mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau dengan menewaskan sepupunya Fazilah Mohd Ali dgn majoriti 2774 undi. mstar

-- Keputusan PRU 13 Kedah Mukhriz Menteri Besar Kedah
-- Dato Nik Aziz Letak Jawatan Menteri Besar Kelantan Lantik Datuk Ahmad Yakob
-- Azlan Man Menteri Besar Perlis Baru Adun Pauh (Gambar)