ad ld

Showing posts with label twins. Show all posts
Showing posts with label twins. Show all posts

Wednesday, May 28, 2014

Bayi 13 Bulan Suka Makan Tomato Bagus Ke?

Husna dan Hanis ni pantang tengok tomato, suka sangat nak makan.


Makan lah nak, tomato murah je kan, lgpun bagus untuk kesihatan..hehe. Si kembar ni dah makin membesar, cepat je masa berlalu.

Thursday, May 22, 2014

Bayi Kembar Lahir Berpegang Tangan (Gambar)

Kelahiran sepasang bayi kembar perempuan yang berpegang tangan menyentuh hati doktor dan jururawat yang menyambut kelahiran mereka. Lebih ajaib, bayi tersebut mampu bernafas dengan sendirinya tanpa memerlukan bantuan alat pernafasan.


Ibu pasangan kembar itu, Sarah Thistlethwaite berkata, kelahiran ini lebih istimewa kerana mereka lahir pada Hari Ibu, lapor AFP. "Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata perasaan ini apabila mendapat tahu bahawa bayi saya berada dalam keadaan baik,"katanya.

Bayi kembar tersebut berkongsi kantung amnion dan plasenta. Kelahiran sedemikian itu dipanggil monoamniotik atau " mono mono " dan doktor mengatakan ia berlaku dalam kira-kira satu daripada setiap 10,000 kehamilan. Mereka dilahirkan  pada Jumaat di Pusat Perubatan Besar Akron Ohio Amerika Syarikat. sinarharian

--  Pembaca Berita TV3 Dicium Brian McKnight Atas Pentas Konsert Di PWTC?
--  Anak Ketua Pramugara MH370 Maira Elizabeth Terima Jersi Liverpool (Gambar)
--  Ayu Raudhah Bersalin Anak Kedua 2.73Kg (Gambar)
--  Liyana Jasmay Bersalin Anak Perempuan 2.9kg Di Prince Court

Monday, September 9, 2013

Kereta Baru Dah Sampai Jom Test Drive

Walaupun harga minyak telah naik minggu lepas, pembelian kereta baru perlu diteruskan. Pemilikan kereta ini amat perlu kerana keadaan semasa. Ada juga kawan kawan beri pendapat x beli pun x pe sebenarnya, tapi keputusan muktamad telah dibuat..hehe. So ini lah keretanya..


Baby Husna dan Hanis ni dah boleh merangkak dgn laju, maka jenuhlah mama papa nak kepung n kena jaga dorang ni merangkak suka hati je, rasanya elok juga beli walker camni kan. Si kembar ni dah makin aktif, berat badan bertambah cepat plak tu, lenguh nak dukung beb.

Weekend lepas masa nak suap nestum kat dorang ni, my hubby syor beli walker la senang skit nak bagi Husna dan Hanis makan minum katanya. Lagipun kalo dorang penat merangkak bleh letak dlm walker plak kan. So misi mencari walker berjaya dlm masa sejam. Kini masanya untuk test drive ok. Jom vroom vroom.

Wednesday, July 17, 2013

Husna Dan Hanis Dah 7kg Lebih Di Usia Cecah 5 Bulan

Baby kembar Husna dan Hanis ni nampaknya membesar dengan cepat macam kakaknya Hanim masa kecik dulu jugak. Sekarang baru nak cecah 5 bulan, dorang dah berat 7kg lebih. Masa bersalin hari tu kecik je, 2kg je sorang..huhu.


Sekarang dukung sat je dah lenguh woo, nak gilir dua dua plak tu. Husna beza 400gram je dgn Hanis. Nampaknya Hanis dah makin laju tambah berat badannya, coz sblm ni Hanis 600gram lebih ringan dari Husna. Check up every month, timbang tengok purata berat dorang bertambah 200gram per week. Maknanya sebulan naik lbh kurang 800gram. Perhhh laju tak uolss? Huhu.

Papa dorang awal2 hari tu beli susu 1kg tu 4 pek sebulan tapi skang dh upgrade beb 8 pek per month sekaligus, malas nk ulang gi kedai katanya..kih3. Banyak gak perubahan jadual En Ery skang since ada baby kembar ni, ' bercuti' jap dari tgk bola dgn kwn2 dia, tido malam pun skit2 je coz jaga daughters dia. Alahai slim la dia lepas ni..hehe.

Pepun syukur sangat dengan Husna dan Hanis anugerah Allah ini, Alhamdulillah.

P/S: Dah lepas minggu pertama puasa ni, kurang lalu dh nasi waktu sahur, camne sahur uolss?

-- Bonus Raya Aidilfitri Kakitangan Awam
-- Kupon KFC Di Tesco Dengan Belian RM100 Ke Atas (Gambar)