Ekoran tersebarnya video kontroversi membabitkan dirinya, suami dan
seorang pengawal keselamatan yang menimbulkan kemarahan awam, isteri Mat
Yo akhirnya tampil memohon maaf. "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat
Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.
“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum
saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24,
isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha atau
lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo, ketika mengulas mengenai video
dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif
sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian
perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan
baru tersebar sejak Selasa lalu. “Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga
dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa
motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami
saya pemain bola sepak negara?
“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini
saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya.
Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video
berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada
pihak polis,” katanya dipetik Berita Harian.
Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas
tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata
kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku. “Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan
seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya
sehingga menimbulkan kemarahan. “Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak
berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat
video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya
mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil
menangis.
Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara
dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan
Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu. Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau
lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara
isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49. sinarharian
-- Pak Guard Skypark Ceritakan Kes Isteri Matyo (Video)
-- Video Isteri Matyo Maki Pak Guard Airport
-- Pernikahan Fouziah Gous Dan Md Zhafran (Gambar)
No comments:
Post a Comment