ad ld

Showing posts with label malaysia juara pestabola merdeka 2013. Show all posts
Showing posts with label malaysia juara pestabola merdeka 2013. Show all posts

Saturday, September 14, 2013

Malaysia Juara Pestabola Merdeka Kalahkan Myanmar (Gambar)

Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka Edisi ke-41 selepas menewaskan Myanmar 2-0 pada aksi akhir di Stadium Darul Makmur, Sabtu. Percaturan ketua jurulatih Harimau Muda A ini ternyata berbeza daripada perlawanan sebelum ini dengan menggandingkan dua penyerang di bahagian atas, Wan Zack Haikal dan Rozaimi Ab Rahman. Rozaimi yang meledakkan dua gol pada aksi sebelum ini menjadi pilihan untuk diturunkan dalam barisan kesebelasan utama.


Juga peluang kepada pemain kelahiran Kelantan, Syahrul Azwari Ibrahim yang diturunkan buat kali pertama dalam barisan utama di bahagian kiri yang sebelum ini dimainkan oleh D. Saarvindran. Junior Eldstal yang tidak beraksi pada perlawanan menentang Thailand Rabu lalu kelihatan masih belum cergas sepenuhnya selepas mengalami cirit-birit dua hari lalu. Ternyata permainan kali kedua selepas aksi peringkat kumpulan sebelum ini lebih sengit dengan menyaksikan serangan dilancarkan sebaik sahaja wisel mula dibunyikan oleh pasukan Myanmar.