Serius ngeri tgk berita semlm kes amuk di JPM Putrajaya tu. Xleh bayangkan cmne perasaan org yg tetiba didatangi lelaki berpedang samurai cmtu kan. Nauzubillah. 
Seorang pengikut ajaran sesat yang menggelarkan dirinya sebagai Imam  Mahdi mati ditembak ketika menceroboh kawasan Kompleks B, Jabatan  Perdana Menteri (JPM) di Presint 1 semalam. Kejadian menggemparkan selama 20 minit yang bermula pukul 2.30 petang  itu mengakibatkan Khalil Afandi Abd. Hamid, 47, mati setengah jam  kemudian ketika dirawat di Hospital Putrajaya.
Dia terkena dua das  tembakan di tangan dan bahagian bawah perut. Rakannya yang turut menceroboh premis itu, Muhdalina Ahmad, 28,  cedera apabila terkena tembakan di paha. Ketika itu mereka membawa  bersama senjata tajam seperti pedang samurai, keris dan tiga bilah  pisau.
Beberapa saksi memberitahu, Khalil Afandi yang pada mulanya memakai  jaket berwarna hijau kemudian membukanya dan dalam keadaan tidak  berbaju, dia menjerit mahu menggulingkan kerajaan dan bertakbir beberapa  kali.
Ia merupakan kejadian pertama penceroboh ditembak mati sejak pusat  pentadbiran negara berpindah dari ibu negara ke sini pada 1998 iaitu 14  tahun lalu. kosmo
-- Lelaki Pedang Amuk Di JPM Putrajaya Mati Di Hospital (Gambar)
-- Uncle Seekers Ditangkap Polis Di Tol Senawang (Gambar)

5 comments:
ishhh..
macam2 la deorg ni..taksub ngan ajaran tah ape2..
agaknya pd deorg bila mati dalam keadaan gitu,mati syahid kot ek..
mcm2..xsangka boleh smpai mati..ishh
apekes la pi serang kompleks kerajaan tu.. adushhh, bikin panas la malaysia ni...
harap perkara cenggini tak berulang dh..
Salam.akk follow kat blog kisah ni smlm....betul dia serang pej kjaan.moga tak da berlaku lagi kes gini....
al fatihah utk dia.
Tapi apalah yang dia nak buat kecoh kat situ gamaknya kan?
Tak pasal mati free cam gi tu.
Post a Comment