ad ld

Showing posts with label bulan puasa. Show all posts
Showing posts with label bulan puasa. Show all posts

Wednesday, June 7, 2017

Salam 12 Ramadhan

Assalamualaikum sahabat. Alhamdulillah hari ni dah 12 hari kita berada dalam bulan Ramadhan yang penuh baraqah ini. Sekejap je masa berlalu, biasanya selepas 14 hari berpuasa akan kedengaran pula lagu raya di segenap tempat la kan. Lepas tu mood lain dah kan, asyik ingat raya je 😁😊


Mcmne dengan persiapan raya uolls, dah settle ke belum? Pakaian raya si kembar Husna n Hanis dah hampir complete. Kakak Hanim masih lagi dalam proses mencari baju raya dia. Kena prepare pakaian lebih skit tahun ni sebab cuti raya agak lama di kampung. 😆😀

Kakak, Husna n Hanis pun asyik tanya dah lately bila nak kampung, nak tokma tokbah n makcik pakcik dorang. More excited lah bila dah makin besar ni.

-- Lelaki Tampar Imam Masjid Negara Direman 14 Hari (Gambar)

Thursday, July 18, 2013

Buffered Earning Ke Empat Untuk Julai Rezeki Ramadhan Alhamdulillah

Alhamdulillah rezeki Ramadhan buffered earning ke empat utk Julai datang melekat di blog Pahit Manis 1st Love ni bermula semalam. Murah rezeki bulan ni dah dpt 4 BE di samping 1 BE yg masih running sejak bulan Jun lepas. 4 BE bulan Jun juga dah jadi Metered Earning, maka dalam persediaan lah nak klik cash button tu hujung bulan ni..hehe.


Tak lah banyak mana pun dapat, cuma ada peningkatan la skit dari segi pendapatan harian berbanding bulan lepas. Seronok tengok blog merepek camni ada hasil gak kan. Terima kasih Nuffnang kerana sudi beri iklan yang berterusan camni.

Majulah penulisan untuk blog..hehe.

-- Budak Mati Tersepit Lif Di Perumahan Awam Desa Tun Razak (Gambar)
-- Husna Dan Hanis Dah 7kg Lebih Di Usia Cecah 5 Bulan

Tuesday, August 10, 2010

I'M BACK BUT..

Salam.. Dh 5hari xde update blog ni, sgt2 tensen bila x dpt on9..huhu.. gara2 laptop ku dh badly damaged coz screen blank beb, hantar kedai kata need rm650..alahai baik bli baru la kan. Mula2 tu igt kena virus ke apa, tetiba je blank pepun seb baik segala audit maudit tlh diselamatkan.. Klu x, lu pikir la sndri..huhu.. Kbtulan kt ofis plak agak kesuntukan masa utk berblogging skang ni, x dan la nk 'bermewah mewahan' dgn n3 blog. Harap maklum..chewahhh..

Misi 2-3 hari ni ptg2 survey new lappy plak. Alahai nk masuk dlm bajet puasa raya gak benda ni pn..redha je la kan. Hanim pn dh asyik tya,' Bila papa nk bli laptop bru mama? Hanim nk tgk Thumbelina nih, byk hari dh x tgk'. - Uhuk, bertuah ada anak tlg igtkan papa dia kan..kui3..

Ok lah, dikesempatan ini nk ucapkan selamat berpuasa utk uols.. Semoga puasa tahun ini kita dpt tingkatkan kualiti ibadat n berusaha ke arah kehidupan yg lbh diberkati, dirahmati dan paling penting diterima Allah Taala, Insya Allah.

-- Nk tya uols, apa cadangan laptop yg bagus? Dri segi brand, harga, kualiti n jangka hayat? Tq2 uols.

Monday, July 19, 2010

Aidilfitri dan Hari Kebangsaan Tahun Depan Serentak

KUALA LUMPUR 19 Julai – Kalau tahun ini sambutan Hari Kebangsaan diadakan pada bulan puasa, tetapi pada tahun depan, sambutan Hari Kemerdekaan negara itu akan diadakan serentak dengan Hari Raya Aidilfitri. Menurut Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2011 yang dikeluarkan Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan Jabatan Perdana Menteri (JPM), tarikh 31 Ogos juga merupakan hari kedua sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Empat cuti umum tahun depan jatuh pada hari Ahad iaitu Hari Pekerja (1 Mei), Hari Raya Aidiladha (6 November), Maal Hijrah (27 November) dan Hari Krismas (25 Disember). Cuti umum bagi Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong pula ialah pada hari Sabtu, 4 Jun.

Bagaimanapun tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha itu tertakluk kepada perubahan.
Sebanyak 15 hari Kelepasan Am Persekutuan telah ditetapkan bagi tahun depan termasuk masing-masing dua hari bagi sambutan Tahun Baru Cina pada 3 dan 4 Februari dan Hari Raya Aidilfitri pada 30 dan 31 Ogos. Selain itu sambutan Tahun Baru 1 Januari juga pada hari Sabtu dan merupakan cuti umum kecuali di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. – Bernama