ad ld

Showing posts with label Hari Kemerdekaan. Show all posts
Showing posts with label Hari Kemerdekaan. Show all posts

Tuesday, September 1, 2015

Cuti Merdeka Di Kota Bharu

Cuti merdeka yang lepas balik Kota Bharu Kelantan. Pagi 28hb tu dah ada kt kampung, happy sangat la dpt lepak dgn family tersayang kan. Kak Hanim pun seronok la, si kembar Husna Hanis pun dah makin besar dh kenal makcik pakcik dorang. Hari pertama kat kampung dah check in kat pantai, mana lagi kalau bukan pantai cahaya bulan a.k.a pcb kan.


Tuesday, August 31, 2010

Buat Popiah Di Ptg Hari, Bukan Utk Kuih Raya Tp Makan2 Je

Salam di hari Kemerdekaan. Bru lps layan bloglist, tgk agak slow new n3 kengkawans hari ni ye, maklum la public holiday kan. Kami pn blk kuar meronda td, 4jam kt luar x terasa pn hari ni, 3 shopping malls berjaya diterjah..huhu.. Skang bru terasa agak penat rupanya..

Ok ni ada lg skit cer di weekend lps, masa tu aura rajin lbh skit la. Lps siapkan menu berbuka, tetiba rasa nk bt popiah plak. Lgpn x susah pn nk bt kan, trus je lah.. Jom layan picca :


Mula2 sediakan dgn sepatutnya dlu ok.. Pastu goreng laa...


Then apalagi bila dh masak, makan la plak kan..hehe..


Ok uols, slmt berbuka puasa di Hari Kemerdekaan ye..

Monday, July 19, 2010

Aidilfitri dan Hari Kebangsaan Tahun Depan Serentak

KUALA LUMPUR 19 Julai – Kalau tahun ini sambutan Hari Kebangsaan diadakan pada bulan puasa, tetapi pada tahun depan, sambutan Hari Kemerdekaan negara itu akan diadakan serentak dengan Hari Raya Aidilfitri. Menurut Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2011 yang dikeluarkan Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan Jabatan Perdana Menteri (JPM), tarikh 31 Ogos juga merupakan hari kedua sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Empat cuti umum tahun depan jatuh pada hari Ahad iaitu Hari Pekerja (1 Mei), Hari Raya Aidiladha (6 November), Maal Hijrah (27 November) dan Hari Krismas (25 Disember). Cuti umum bagi Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong pula ialah pada hari Sabtu, 4 Jun.

Bagaimanapun tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha itu tertakluk kepada perubahan.
Sebanyak 15 hari Kelepasan Am Persekutuan telah ditetapkan bagi tahun depan termasuk masing-masing dua hari bagi sambutan Tahun Baru Cina pada 3 dan 4 Februari dan Hari Raya Aidilfitri pada 30 dan 31 Ogos. Selain itu sambutan Tahun Baru 1 Januari juga pada hari Sabtu dan merupakan cuti umum kecuali di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. – Bernama