ad ld

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Thursday, July 2, 2015

Rezeki Dari Pengasuh Alhamdulillah

Alhamdulillah rezeki daripada Mak Abah pengasuh kakak Hanim dan si kembar Husna Hanis ni. Semlm masa my hubby gi amik anak2 kat umah pengasuh, siap dapat bekal utk berbuka puasa ni, kuih, bubur lambuk, durian dan paling best gulai ikan sembilang beb.


Ni dah kali kedua Mak pengasuh bagi gulai ikan sejak dua minggu puasa ni. Yang first hari tu gulai ikan tenggiri memang mabeles sampai lupa nk snap gamba hehe. Kak Hanim n adik2 dia nampak selera betul makan nasi dengan masakan Mak tu. Siap tambah nasi kakak tu masa berbuka.

Hidup di perantauan, Mak Abah ni lah umpama org tua kami. Layan kami sekeluarga macam anak cucu dorang sendiri. Apa2 hal pun kami refer dgn mereka, anak demam nk bagi makan apa ke, tangan bengkak nk gi urut kat mana ke, nak beli kereta pun tanya pendapat dorang dulu.

Alhamdulillah kami ditemukan dengan orang baik2 seperti Mak Abah ni. Terubat rindu dengan orang tua di kampung. Jasa dan budi baik dorang x terbalas rasanya, terima kasih sangat2 Mak Abah, semoga makin murah rezeki dan dipermudahkan segalanya.

Friday, August 12, 2011

Kek Lapis Sarawak Mmg Best

Sape suka kek lapis Sarawak? Bestkan. Last week ada ofismate gi sana, pastu dia bw blk la kek lapis sbg hadiah utk kengkawan. Alhamdulillah rezeki Ramadhan gak tu. Mula2 Hanim tgk dh senyum dh, 'Mama, nmpk mcm best je kek tu, boleh makan sekarang tak? Dia terus je makan dlm kete, 'Mmmm, betul la mama sedap kek ni. Oppss, mama papa puasa kan, sori'. Alahai sabar je lah dgn gegirl mama ni.


Masa buka puasa bru dpt try kek ni, mmg best dan lagi best coz dpt free..hehe.

-- Cek Nuffnang Ke 6 Utk 2011 Dh Smp, Alhamdulillah

Wednesday, July 28, 2010

Jelajah Blog Ramadhan 1431

Assalamualaikum semua.. Didahului ucapan terima kasih utk En.Ben sudi wujudkan segmen  Jelajah Blog Ramadhan 1431 ini yg tentunya amat bermanfaat utk semua bloggers.


Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua rakan2 bloggers baru mahupun lama, kenalan sahabat handai di mana saja berada, semoga kita semua dpt tingkatkan kualiti amalan ibadat di bulan yg mulia ini seterusnya berusaha ke arah kehidupan yg lbh baik, Insya Allah.

Sebagai hidangan utk anda semua terima lah Ayam Perap Masak Merah Madu.


Dan x lupa juga ada cenderahati shawls utk semua di Ayu Cinta.
Terima kasih atas kehadiran anda semua.. Sesungguhnya amat lah dihargai..

Monday, July 19, 2010

Aidilfitri dan Hari Kebangsaan Tahun Depan Serentak

KUALA LUMPUR 19 Julai – Kalau tahun ini sambutan Hari Kebangsaan diadakan pada bulan puasa, tetapi pada tahun depan, sambutan Hari Kemerdekaan negara itu akan diadakan serentak dengan Hari Raya Aidilfitri. Menurut Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2011 yang dikeluarkan Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan Jabatan Perdana Menteri (JPM), tarikh 31 Ogos juga merupakan hari kedua sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Empat cuti umum tahun depan jatuh pada hari Ahad iaitu Hari Pekerja (1 Mei), Hari Raya Aidiladha (6 November), Maal Hijrah (27 November) dan Hari Krismas (25 Disember). Cuti umum bagi Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong pula ialah pada hari Sabtu, 4 Jun.

Bagaimanapun tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha itu tertakluk kepada perubahan.
Sebanyak 15 hari Kelepasan Am Persekutuan telah ditetapkan bagi tahun depan termasuk masing-masing dua hari bagi sambutan Tahun Baru Cina pada 3 dan 4 Februari dan Hari Raya Aidilfitri pada 30 dan 31 Ogos. Selain itu sambutan Tahun Baru 1 Januari juga pada hari Sabtu dan merupakan cuti umum kecuali di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. – Bernama