ad ld

Tuesday, December 9, 2014

Datuk Fuad Hassan Meninggal Dunia Sakit Jantung (Gambar)

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan telah meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang pada pukul 12.20 pagi Isnin.


Jasa adalah salah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Allahyarham Fuad, 62,  adalah anak kedua kepada tokoh agama dan pengajian Al-Qur'an terkenal iaitu Tan Sri Hassan Azhari.

Beliau juga adalah abang kepada pelakon terkenal Datuk Jalaluddin Hassan dan adik kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Bekas lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dua hari yang lalu telah menghadiri program kementerian di Kemaman, Terengganu dan telah dimasukkan ke Hospital Kemaman pada Sabtu sebelum dipindahkan ke Kuantan untuk rawatan lanjut setelah terkena serangan sakit jantung.

Sebelum dilantik sebagai ketua pengarah Jasa, Allahyarham pernah menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang selama dua penggal sebelum tewas di tangan Menteri Besar Selangor sekarang, Azmin Ali dalam pilihan raya umum 1999. mstar

--  Gadis Cantik Ditoreh Pipi Penyamun Di Pasir Putih Kelantan (Gambar)
--  Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
--  Vie Santie Isteri Eizlan Yusof Fail Pengesahan Lafaz Cerai (Gambar)
--  Tasha Shilla Dan Kekasih Muay Thai Han Chen Wong Di MIMMA 2 (Gambar)

No comments: