ad ld

Tuesday, December 16, 2014

Datuk Mustapha Maarof Meninggal Dunia (Gambar)

Seniman Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju kira-kira pukul 8.50 pagi Isnin akibat jangkitan paru-paru.


Anak bongsu Allahyarham iaitu Mohd Rezainuddin, 38, berkata, bapanya berada dalam keadaan kritikal pada malam Ahad dan hanya bergantung kepada alat sokongan perubatan untuk hidup.

"Ayah berada selama 12 hari di Unit Rawatan Kritikal (ICU) dan hanya bergantung kepada ubat-ubatan sahaja sehinggalah dia menghembukan nafas terakhir di sisi anak-anaknya pada pagi tadi," katanya. Mohd Rezainuddin berkata, semasa hayatnya Allahyarham berpesan agar anak-anak menjaga rumah mereka di Subang Jaya selain tidak memutuskan silaturahim adik-beradik.

Allahyarham meninggalkan tiga orang anak berusia 38 hingga 50 tahun termasuk dua orang hasil perkahwinan keduanya bersama seniwati Roseyatimah. Terdahulu Mustapha, 79, dimasukkan ke Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL)  pada 25 November lalu selepas mengalami kesukaran bernafas akibat komplikasi paru-paru.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 2 Disember lalu bagi mendapatkan rawatan susulan. Antara filem-filem lain lakonan beliau ialah Sultan Mahmud Mangkat Di Julang, Yatim Mustapha, Seri Mersing dan Naga Tasik Chini.

Pada tahun 2010, beliau diumumkan penerima Anugerah Tokoh Perfileman yang diberikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas). Beliau juga pernah dipilih sebagai presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman). Allahyarham adalah anak kepada pengasas Malay National Bank, sebuah syarikat kewangan pertama untuk orang Melayu iaitu Maarof Zakaria.

Maarof kemudiannya dibunuh selepas beberapa bulan bank berkenaan beroperasi iaitu sekitar tahun 1947. Sebagai menghargai Allahyarham, kerajaan telah menamakan jalan Maarof di Bangsar dengan nama beliau. mstar

-- Asmaa Aljuned Isteri Allahyarham Ahmad Hakimi MH17 Buka Boost Juice Di Cyberjaya
-- Pernikahan Jovian Mandagie Dan Nina Ismail Sabri (Gambar)
-- Mati Bunuh Diri Terjun Tingkat 9 Berjaya Times Square (Gambar)
-- Tasha Shilla Dan Kekasih Muay Thai Han Chen Wong Di MIMMA 2 (Gambar)

No comments: