ad ld

Friday, December 19, 2014

Banjir Di Terengganu Semakin Buruk Lebih 4 Ribu Orang Dipindahkan (Gambar)

Keadaan banjir di Terengganu bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 4,023 orang tengah hari berbanding 1,834 orang pagi Khamis.


Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Terengganu, daerah Hulu Terengganu mencatatkan mangsa teramai 1,540 orang sehingga pukul 12 tengah hari berbanding 209 orang pagi tadi.

Selain Hulu Terengganu, daerah Besut, Dungun, Kemaman dan Setiu juga mencatatkan peningkatan mangsa berikutan hujan lebat dan angin kencang yang tidak berhenti ketika ini. Daerah Kemaman mencatatkan jumlah kedua tertinggi mangsa iaitu 957 orang diikuti Besut (814), Dungun (478), Setiu (216) dan Kuala Terengganu (18) orang yang melibatkan 1,118 keluarga. Pada tempoh yang sama jumlah pusat pemindahan meningkat daripada 39 kepada 77 buah. mstar

--  Remaja Lelaki 15 Tahun Nikah Kekasih 17 Tahun Selepas Kenal 2 Bulan (Gambar)
--  Sari Yanti Cerai Tebus Talak RM10 Ribu (Gambar)
--  Ayu Raudhah Mengandung Anak Kedua (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar) 

No comments: