Polis pada Sabtu mengesahkan bahawa kes letupan di sebuah rumah di Taman
Ria Mesra II, yang mengorbankan tiga nyawa Rabu lepas berpunca
daripada peluru pelancar roket anti kereta kebal.
Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata peluru berkenaan,
"High Explosive Anti-Tank" adalah jenis yang digunakan oleh Angkatan
Tentera Malaysia (ATM).
"Letupan itu berpunca daripada peluru pelancar roket, yang digunakan untuk memusnahkan kereta kebal," katanya. Bercakap pada sidang media selepas melawat lokasi kejadian hari ini,
beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan ATM untuk menyiasat
perkara itu.
Katanya, pihaknya percaya terdapat lebih daripada satu bom yang meletup
kerana kawasan kawah letupan itu luasnya kira-kira satu meter, tetapi
siasatan masih dilakukan. "Bom (peluru) itu memang digunakan oleh ATM dan mangsa yang meninggal
itu cuba mengabstrak item berharga di dalam peluru," katanya.
Zakaria berkata polis kini masih mengutip serpihan daripada bom yang
meletup untuk membantu siasatan selain merakam percakapan daripada
penduduk taman berkenaan. "Kita juga mendapat kerjasama baik daripada ATM demi meningkatkan SOP (Standard Operation Procedure), jika ia perlu diperbaiki. "Kita akan teruskan siasatan untuk mengenalpasti macam mana bom (peluru)
itu dibawa keluar daripada kem latihan tentera," katanya.
Sementara itu, Zakaria berkata sehingga kini polis menerima 61 laporan
polis berhubung kerosakan rumah yang dialami penduduk taman terbabit. Dalam kejadian Rabu lalu, sebuah bom meletup di rumah milik seorang
anggota tentera menyebabkan tiga maut dan dua mangsa cedera parah,
manakala lebih 40 rumah terjejas akibat kesan letupan.
Letupan kira-kira 4.45 petang itu menyebabkan seorang anggota tentera,
Ayub Hashim, 34; anak perempuannya berusia lapan tahun Nur Idayu
Syahirah Ayob; serta anak jirannya Aqif Mohd Sharizal, 4, maut. Sementara itu, isteri Ayob, Sharifah Azlina Hashim, 30, yang mengandung
enam bulan, dan jirannya Zuraida Mat Rotebe, 30, (ibu Aqif) cedera
parah. Anak dalam kandungan Sharifah Azlina dilaporkan meninggal akibat kejadian itu. mstar
-- Terkini Banjir Di Kelantan Bertambah Teruk 3811 Mangsa Dipindahkan (Gambar)
-- Syura Dirayu Bekas Suami Rujuk Kembali Kerana Masih Sayang Dan Demi Anak (Gambar)
-- Bayi 4 Bulan Mati Di Taska Di Desa Pinggiran Putra (Gambar)
-- Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)
No comments:
Post a Comment