ad ld

Thursday, December 18, 2014

Final Piala AFF Thailand Tewaskan Malaysia 2-0 (Gambar)

Thailand berjaya menang 2-0 menewaskan Malaysia di Stadium Rajamangala dalam saingan pertama final AFF Suzuki 2014. Gol pertama dijaringkan oleh Charyl Chappuis minit ke-71 setelah Thailand dihadiahkan sepakan penalti akibat kekasaran dari pemain Malaysia.


Thailand menggandakan jaringan pada minit ke-86 hasil kombinasi menarik dari Kroekrit Thawikan yang menerima hantaran dari Chanathip Songkrasin.

Aksi pada separuh masa pertama menyaksikan Thailand dan Malaysia mempamerkan perlawanan seimbang dengan kedua-dua pasukan bertindak memburu gol awal. Harimau Malaya bermula garang di Stadium Rajamangala dan bagaimanapun gagal memanfaatkan dua peluang ketika berdepan penjaga gol Thailand, Kawin Thamsatchanan.

Mohd Amri Yahyah gagal menyempurnakan hantaran Safiq Rahim pada minit ketiga apabila rembatan berjaya ditepis keluar sebelum Norshahrul Idlan Talaha menguji ketangkasan Kawin pada minit keenam. Skuad Harimau Malaya hampir dibolosi apabila berlaku kecuaian yang dihidu oleh Mongkol Thosakrai namun percubaan itu berjaya dipatahkan penjaga gol kebangsaan, Mohd Farizal Marlias.

Pintu gol Malaysia terselamat apabila pemain sayap Thailand, Kroekrit Thawikan yang tidak dikawal melepaskan tendangan lemah yang tersasar ke kiri gol negara. Dalam saingan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil 20 Disember nanti, Malaysia perlu mencari dua gol untuk menyamakan kedudukan dan memberi harapan kepada skuad negara. sinarharian

--  Majlis Resepsi Faralyna Idris Dan Fikri Di The Place Once City (Gambar)
--  Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
--  Budak 14 Tahun Dirogol Bergilir Gilir 8 Lelaki (Gambar)
--  Tasha Shilla Dan Kekasih Muay Thai Han Chen Wong Di MIMMA 2 (Gambar) 

No comments: