ad ld

Thursday, December 18, 2014

Terkini Banjir Di Kelantan Bertambah Teruk 3811 Mangsa Dipindahkan (Gambar)

Keadaan banjir di Kelantan bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat daripada 2,084 orang malam tadi kepada 3,811 orang pada pagi Khamis.


Menurut portal banjir kerajaan negeri, kesemua mangsa kini ditempatkan di 51 pusat pemindahan di tujuh jajahan iaitu Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai, dengan Kota Baharu menjadi kawasan terbaru dilanda banjir.

Di Kota Baharu, seramai 319 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong, SK Sri Ketereh dan SK Mulong manakala di Kuala Krai, seramai 499 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan SK Telekong dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh.

Di Pasir Puteh, sebanyak 476 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan SK Wakaf Raja, SK Changgai dan SMK Kamil sementara di Machang, seramai 39 mangsa berada di pusat pemindahan Madrasah Sungai Mas, SK Pangkal Meleret, SJKC Pei Hwa dan SK Hamzah 1. Di Jeli, seramai 635 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan SMK Ayer Lanas, SK Jeli 1, SK Legeh, SK Kalai, SK Kuala Balah, dan Masjid Gemang.

Di Pasir Mas pula, seramai 623 mangsa ditempatkan di 10 pusat pemindahan termasuk di Masjid Chasi, SK Tok Uban dan SMK Kangkong manakala di Tanah Merah, sebanyak 1,220 orang ditempatkan 23 pusat pemindahan termasuk SK Kulim, Madrasah Kampung Renat dan Madrasah Bendang Besar. Setakat 8 pagi ini, paras air di enam sungai kini berada di tahap bahaya iaitu Sungai Golok di Jenob di Tanah Merah merekodkan bacaan 23.92 meter (bahaya 23.50) manakala Sungai Golok di Rantau Panjang 10.79 meter (bahaya 9 meter).

Paras air di Sungai Kelantan iaitu di Tambatan Diraja, Kota Baharu kini mencecah paras bahaya iaitu 5.10 meter(bahaya 5.00), Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai merekodkan bacaan 26.56 meter (bahaya 25 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah merekodkan bacaan 17.79 (bahaya 16.00). Paras air Sungai Lebir di Gua Musang pula merekodkan bacaan 36.10 (bahaya 35.00). mstar

--  Asmaa Aljuned Isteri Allahyarham Ahmad Hakimi MH17 Buka Boost Juice Di Cyberjaya
--  (Gambar) Mayat Gadis Kemalangan Viva Dan Lori Tangki Minyak Di Kg Gerai Besut Terengganu
--  Gambar Perkahwinan Aqasha Dan Noor Baizura Di Lake Fields
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar) 

No comments: